Tiada manisan dalam madunya

Tiada hangat di dalam dakapnya

Biarku memujuk biarku merayu

Telah ku tabur kasih dan cinta

Telah ku sembahkan semua kelam

Masih hambar



Apalah lagi engkau mahukan

Apalah lagi daya ku korbankan

Ada kehambaran cuba ku elakkan

Tiada senyum aku girangkan

Segalanya hilang cuba ku tahan

Berpisah jua



Kerana cintaku dan kasihku

Airmataku jatuh berlinang

Mengalir .. kerana setia terhadapmu

Telah dibuang ke tepi



Kerana janjimu dan sumpahmu

Airmataku jatuh berlinang

Mengalir .. kerana itulah peganganku

Telah dilupa segalanya



Kecewa .. terkilan aku

Berpisah jua oh oh

Berpisah jua ..

No comments:

Post a Comment